Wednesday, 20 January 2016

Coretan 2

Awak...

Selama kita kenal.. semua masalah kita kongsi sama.
Terima kasih kerana sudi dengar semua masalah yang saya alami.
Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar dan penasihat terbaik untuk saya...

Tapi awak...

Bila awak share masalah awak kat saya...
Saya boleh jadi pendengar yang terbaik untuk awak...
Tapi yang jadi masalah bagi saya...
Saya tak mampu untuk beri nasihat yang terbaik untuk awak..
Mungkin nasihat yang saya buat tidak memuaskan hati awak..
Saya minta maaf.. Sebab hanya nasihat itu yang terbaik yang saya fikirkan.
Saya tak kisah awak nak ikut nasihat saya atau tak.. Sebab..
Saya selalu doakan agar awk dapat buat pilihan yang terbaik untuk hidup awak..

Awak...

Bila awak minta pendapat saya untuk buat pilihan samaada ' tangan kiri' atau 'tangan kanan'...
Saya minta maaf sekiranya pilihan saya itu tidak sependapat dengan awak...
Jika saya disuruh untuk pilih satu antara dua pilihan... Sudah tentu saya akan pilih pilihan yang terbaik untuk awak... Tapi awak... Saya nak awak tahu... Pilihan yang saya buat itu mungkin tidak betul.. Awak beri saya kuasa untuk memilih, tapi awak juga ada akal untuk tafsir pilihan yang saya buat itu baik atau tidak untuk awak.

Baru2 ni sejujurnya saya agak terasa dengan awak. Kata2 awak tu masih terngiang2 di kepala.
Masa emosi awak tak stabil... Saya cuba tenangkan awak 'Sabar'....
Tapi pada masa tu awak cakap kat saya 'Dahla, awak pun sama macam orang lain'...

Sebelum ni awak minta pendapat saya untuk bantu awak buat pilihan... Saya pilih pilihan tak sependapat dengan awak... Saya bukan tak nak pilih pilihan yang satu lagi... Tapi awak sendiri tahu pilihan yang satu lagi ada kekurangannya. Apa pilihan yang saya ada untuk memilih?  Pastinya saya akan pilih yang terbaik.. Awak janganlah marah  pada saya sebab awak  juga yang nak saya cadangkan pilihan tu.  Awak nak pilih yang mana2 pun saya tak kisah sebab tu pilihan awak. Lagipun saya dah cuba bantu awak untuk buat pilihan. Mana2 pilihan awak, Semua saya sokong..... 

saya hanya manusia biasa dan bukan tuhan yang tahu semuanya.

Saya minta maaf sekiranya saya pilih yang awak tak suka... Saya hanya nak yang terbaik untuk awak...

*****************************************************************************

Pilihan yang terbaik hanya datang dari Allah S.w.t...
Minta padaNya agar awak dapat buat pilihan yang tepat...

Walaupun perkara itu buruk dimata manusia... Mana tahu dalam pandangan Allah perkara itu yang terbaik...
Mana kita tahukan...

(Allah maha pengampun dan penerima taubat... awak fahamkan maksud saya?)



[Maafkan saya kerana saya tak pandai susun ayat terus dari mulut macam awak. Dengan apa yang saya coretkan semua datang dari hati... Saya coretkan disini. Tentang blog ni... Awak jangan risau sebab blog saya xfemes dan xde orang baca... Lagi satu saya x mention nama awak kat sini. Saya tahu awak faham...]

Maafkan saya... Dan saya maafkan awak jika antara kita ada buat salah.


No comments:

Post a Comment